Tradisi berasal daripada perkataan Latin iaitu traditio yang bermaksud menyerahkan. Ia juga membawa makna ajaran-ajaran yang tidak tertulis daripada para Nabi dan pembesar agama. Dari perspektif Barat, taridi dianggap sebagai sesuatu yang bersifat dongeng, mitos dan tidak sesuai untuk dijadikan pabduab dalam kehidupan mereka yang lebih kepada sains dan teknologi.
Sedangkan dalam Islam konsep al-Turath al-Islami bermaksud kumpulan karya-karya ulama silam yang merakamkan penafsiran dan pemahaman mereka terhadap Al-Quran. Turath menghimpunkan ilmu-ilmu yang dihasilkan oleh para ulama bermula era pemerintahan Rasulullah S.A.W sehinggalah kini untuk dijadikan panduan dan juga bimbingan.
Barat menolak konsep ilmu yang berasaskan kepada tradisi kerana bagi mereka perkara silam hanyalah sekadar rakaman memori yang tidak membawa nilai dalam kehidupan mereka. Agama hanyalah candu yang merosakkan masyarakat dan perlu diasingkan. Bagi Barat untuk menjadi negara yang maju dan berilmu haruslah mengasingkan agama dalam kehidupan mereka sebaliknya menumpukan kepada sesuatu yang bersifat sains dan teknologi. Situasi ini menyebabkan berlakunya kepincangan dalam masyarakat.
Namun begitu, masyarakat Islam kini mula menunjukkan perubahan dan gagal untuk menghargai tradisi apabila terpengaruh dengan falsafah Barat.
Islam datang kepada manusia dan menandakan era pencerahan selepas bertahun manusia hidup dalam zaman jahiliyah. Kemunculan Ulama sebagai satu institusi yang harus dihormati oleh masyarakat. Ulama merupakan individu yang diberikan kelebihan oleh Allah dan mempunyai kemahiran untuk mendalami dan mentafsir Al-Quran untuk membantu masyarakat dalam mendalami inti pati Al-Quran. Terdapat segelintir individu yang memperlekehkan dan menghina ulama dan perbuatan ini dianggap salah kerana merendahkan individu yang lebih berilmu daripada insan biasa. Walau bagaimanapun, tindakan yang terlalu menyanjung ulama juga dianggap bertentang kerana ulama juga insan biasa.
Dalam konteks Islam, pembangunan merupakan pembangunan yang menyeluruh dari segi fizikal dan rohani masyarakat. Penekanan terhadap pembangunan negara dan pembangunan insan harus diseimbangkan dalam membentuk negara maju dan masyarakat yang harmonis. Jika pemimpin hanya tahu membina bangunan pencakar langit, negara yang kaya tetapi roh insan diabaikan menyebabkan jiwa masyarakat menjadi lompong dan mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak bermoral.
Misalnya peningkatan gejala buli dan anak luar nikah menunjukkan jiwa masyarakat yang tidak terisi dengan nilai Islam. Mereka terdorong untuk melakukan sesuatu yang jelas bertentang dengan hukum Islam. Begitu juga, baru-baru ini negara dikejutkan dengan seorang rompakan yang melibatkan kehilangan nyawa membuktikan rapuhnya rasa belas kasihan dalam diri.
![]() |
Kesalahan apa sehingga dia diperlakukan begitu???? |
![]() |
Nyawa bayi kecil yang tidak berdosa ini terletak di mana? |
Ketika masyarakat dalam kekeliruan, kembalilah kepada agama Islam, jangan mengikut acuan Barat yang sememangnya suka melihat kita jatuh. Mendampingi para ulama dan ilmuan Islam mendekatkan masyarakat dengan Allah dan menjauhkan masyarakat daripada terus hanyut tanpa pegangan. Pandangan ulama yang terdahulu harus dihormati dan dijadikan panduan. Tradisi ataupun turath tidak menentang kemajuan tetapi menjadi faktor kemajuan ummh.
No comments:
Post a Comment