Dari hasil pembacaan saya, artikel ini membicarakan tentang perubahan tamadun melayu selepas kedatangan Islam. Masyarakat Melayu menurut teori Sarasin dikatakan berasal daripada Yunan di China yang menetap di Champa, Kepulauan Melayu, merangkumi Sumatera dan gugusan Filipina. Kerajaan yang terbentuk pada masa itu berpegang teguh kepada ajaran Hindu-Buddha. Penerimaan ajaran itu bagamanapun hannya tertumpu kepada golongan atasan sahaja. Masyarakat bawahan masih lagi dengan kepercayaan animisme. Kemasukan ajaran ini hanyalah untuk mengukuhkan lagi kepercayaan masyarakat kepada golongan atasan yang dikaitkan dengan dewa-dewa dan amalan ritual yang lain.
Pada abad ke 7m, kebangkitan agama Islam di Asia hingga Eropah turut mempengaruhi alam Melayu pada masa itu yang dijadikan tempat persinggahan para pedagang ketika tiupan angin monsun. Pedagang Islam dari Bara (Iraq), Hormuz (Parsi) dan Gujerat (India) datang berdagang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan rempah ratus sebelum meneruskan pelayaran ke China turut sama menyebarkan agam Islam secara perlahan-lahan. Penerimaan agama Islam bermula dengan golongan atasan hinggalah golongan bawahan telah membawa perubahan dari segi cara hidup dan pegangan pada masa itu.
![]() |
Laluan dan aktiviti perdagangan di Melaka |
![]() |
Pedagang Islam yang menyebarkan agam Islam di Melaka |
![]() |
Khazanah hutan yang menjadi rebutan pedagang pada masa itu |
Kemasukan Islam bukan sahaja merubah kepercyaan masyarakat daripada Hindu kepada Islam tetapi turut membawa perubahan kepada pembentukan bahasa Melayu. Kedatangan Islam yang membawa bersama tulisan arab telah mencerna bahasa Melayu dengan tulisan jawi. Unsur bahasa Melayu baru ini mengandungi penerimaan ciri Islam seperti Arab dan sebagainya. Bahasa Melayu kuno telah diubah selepas kedatangan Islam dan diperkemaskan lagi sehingga mampu wujud sehingga kini. Peubahan hidup masyarakat dalam zaman kegelapan kepada pencerahan telah membentuk konsep tamadun Melayu yang mencerminkan tamadun baru yang muncul di alam Melayu pada masa itu. Tamadun Melayu itu bukan sahaja merujuk kepada bangsa Melayu tetapi peralihan zaman lama kepada zaman baru dengan kemasukan agama Islam yang turut menjadi sebahagian daripada pembentukan tamadun Melayu.
No comments:
Post a Comment