DATA 1
Kosmo bertarikh (14/12/2013), hari sabtu yang bertajuk 'Tuhan Harun Didakwa Isnin Ini'.
- Harun Mat Saat, ketua ajaran sesat yang mengaku sebagai Tuhan
- Dituduh membunuh Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
- Pengikutnya turut didakwa.
![]() |
Pembunuhan Ahmad Raffli Abd. Malik yang dikatakan menyiasat berkaitan dengan ajaran sesat dan syiah |
Melalui artikel di atas, kita dapati apa yang ditulis oleh Asmaa Mohd Arshad iaitu kekeliruan ilmu yang berpunca daripada fahaman asasi Barat yang telah menyelip dalam pendidikan negara. Segala perbuatan yang dilakukan berpandukan kepada ilmu bagi menentukan keputusan yang diambil adalah betul. Jika ilmu pendidikan negara telah diresapi oleh fahaman Barat, maka keputusan yang diambil terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar. Dalam konteks Tuhan Harun ini, sebagai insan biasa yang mengetahui Allah itu hanya satu namun, dia menanggap dirinya sebagai wakil Tuhan untuk menyelamatkan umat manusia. Kekeliruan ilmu yang dipelajarinya menyebabkan dia sudah jauh terpesong.
Melalui artikel ini juga, kita dapati keruntuhan adab yang berlaku dalam kelompok pengikut ajaran sesat. Terdapat ramai pengikut ajaran sesat yang terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, doktor dan sebagainya yang menunjukkan golongan yang berpendidikan tinggi. Namun begitu, bagaiman golongan yang berpendidikan ini masih terjerat dengan ajaran sesat dan gagal untuk mengetahui apa yang benar atau salah di mata mereka. Inilah yang dikatakan oleh Asmaa iaitu keruntuhan adab yang tidak didasari oleh ilmu yang benar. Tiadanya penerapan ilmu pengetahuan Islam menyebabkan golongan ini mudah hanyut dan terpengaruh.
Selain itu, kemunculan ajaran sesat ini umpama satu trend atau satu fenomena yang terus muncul. Tidak ada rasa takut dalam kalangan pengamal dan pengikutnya. Umpamanya kes ayah pin satu ketika dahulu sangat menggemparkan negara. http://ayah-pin.blogspot.com/.
http://www.malaysiaedition.net/kemaluan-kanak-kanak-di-ikat-dengan-getah-terpaksa-berkhatan/
![]() |
Aqil Danish Yusri yang terpaksa menjalani pembedahan |
mforum.cari.com.my
Kisah dua orang remaja yang turut memuat naik videonya yang dirakam di sebuah pasaraya tanpa rasa malu.
Kisah Alang dan Fatin yang menjadi muka hadapan harian Metro dan sempat mencetus satu fenomena di facebook dan blog.Heboh memperkatakan tentang pasangan kekasih ini.
Analisis yang dilakukan terhadap dua data yang dikumpulkan menjadi satu analisis dengan menggunakan teks Asmaa Mohd Arshad.
- Konsep pendidikan harus diterapkan terutamanya ta'dib yang berasal daripada perkataan Arab iaitu addaba yang bermaksud mendisiplinkan seseorang dengan adab iaitu perbuatan atau kedudukan diri yang betul dan benar.
- Insan yang beradab akan menjaga kehormatan dirinya, keluarga, masyarakat dan hubungan dengan Allah. Jika dilihat video atau artikel yang dinyatakan di atas menunjukkan perilaku golongan remaja yang tidak menghormati dirinya sendiri. Tidak ada rasa malu dan sayang kepada dirinya sendiri sehingga sanggup melakukan perbuatan yang jelas salah dari segi agama.
- Setiap perbuatan yang dilakukan meninggalkan kesan kepada hati, jika sering melakukan perbuatan seperti buli, hubungan bebas, maka hati akan menjadi tidak tenang dan sentiasa memberontak.
- Oleh itu, penarapan ta'dib dalam sistem pendidikan harus dilakukan supaya generasi yang menjadi pemimpin pada masa hadapan kini tidak melakukan perbuatan yang bercanggah dari segi agama dan budaya.
Jari dituding mencari kesalahan
Apa setiap orangkah yang harus dipersalahkan?
Kita, diri sendiri yang bertanggungjawab
Kita yang harus amanah dalam menjaga diri
kembalilah pada Islam yang sebenar
Bukan hanya sekadar Islam pada nama sahaja.
No comments:
Post a Comment