Tuesday, 22 October 2013

Umat Melayu Cerminan Islam

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UmatMelayucerminanIslam/Article


Selepas membaca artikel berkenaan, saya mempunyai satu persoalaan yang sedari tadi membelenggu fikiran saya.

Adakah semua yang dikatakan Melayu itu benar-benar memahami dan berpaksikan kepada Islam?
Adakah Islam itu terletak pada bangsa atau individu itu sendiri?

Tidak cukup dengan hanya berbinkan atau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kesemuanya menganut Islam itu sudah boleh dikira Islam. Saya jadi teringat pada satu bait lagu kumpulan nasyid.....

Iman tak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertakwa
Iman tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai

Begitulah lebih kurang lirik lagu nasyid yang memperkatakan tentang keimanan yang tidak dapat diwarisi biar pun dilahirkan dalam keluarga alim ulaman, semuanya bergantung kepada diri sendiri. Saya bersetuju dengan petikan yang mengatakan "Sekiranya pada diri orang Melayu ada pekerti yang buruk, maka imej Islam juga buruk sama". Kita masyarakat Melayu khususnya yang dikatakan sebagai Islam seharusnya berkelakuan seperti yang telah diajar melalui Al-Quran dan Hadis. Jika umat Islam sendiri contohnya seperti perbuatan membuang sampah di tempat awam, mungkin akan mengundang reaksi negatif daripada penganut ajaran lain. Adakah ini yang di katakan Islam itu mementingkan kebersihan?. Jadi tingkah laku masyarakat Melayu membawa bersama imej Islam.

Jika dilihat keadaan pemuda-pemudi kini, adakah ini mencerminkan agama Islam?. Tepuk dada tanya selera. Kebanyakkan remaja kini disogok dengan indahnya dunia sehingga melupakan akhirat yang kekal abadi. Luarannya remaja kita nampak hebat tapi dalamannya kosong. Pengisian rohani itu tiada. Mereka mungkin pelajar pintar, mungkin pelajar yang selalu menerima hadiah dekan tapi dari segi penguasaan agama mereka lemah. Oleh itu, individu itu sendiri harus mempunyai kesedaran untuk mendalami agama Islam dan mampu menguasai ilmu dunia dan akhirat.



No comments:

Post a Comment