Thursday, 28 November 2013

Adat Melenggang Perut "Tradisi kepada Kemodenan"

Pada kali ini kami ditugaskan untuk mencari satu bahan atau alat untuk dijadikan sebagai analogi tradisi kepada moden. Saya telah memilih satu adat yeng diamalkan oleh masyarakat dahulu kalasehinggalah ke hari ini (berlaku perubahan) iaitu adat melenggang perut.

Melenggang perut lebih dikenali di selatan semenanjung manakla di sebelah utara digelar kirim perut. Adat ini dijalankan apabila usia kandungan mencecah 7 bulan dan untuk kandungan yang pertama. Tujuannya:

  • untuk meletakkan kedudukan bayi di tempat yang sepatutnya iaitu kepala bayi di hadapan pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan ibu bersalin dan bayi tidak lemas dan songsang.
  • mengetahui jantina bayi.
  • memulihkan semangat ibu mengandung.
  • sebagai sokongan moral dengan meraikan ibu hamil dalam satu majlis.
Bidan akan diupah untuk melangsungkan adat tersebut dan pihak keluarga haruslah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan semasa upacara tersebut. Antaranya:

  • tujuh helai kain yang berlainan warna.
  • pisau.
  • limau 7 biji.
  • bunga 7 warna yang berbau harum.
  • air 2 bekas.
  • kelapa.
  • sebiji minyak kelapa atau minyak urut.
  • wang pengeras sebanyak $1.25 di dalam tepak.




Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan memulakan upacara.

  1. Bunga yang berlainan warna akan diceraikan. Limau akan dipotong serta dimasukkan dalam 2 bekas air yang disediakan. Kemudiannya 2 bekas air tersebut akan dicampur dalam satu baldi. Ibu mengandung akan dimandikan oleh tujuh orang tua.
  2. Selepas itu, kain akan dibentangkan secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil akan dibaringkan di atas kain tersebut. Kemudiann perut ibu akan diurut dengan minyak untuk membetulkan kedudukan bayi.
  3. Kelapa yang sudah dikupas, dan dibuang sabut akan digulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu, ke atas ke bawah sebanyak tujuh kali. Pada kali yang ketujuh kelapa akan dilepaskan dan dibiarkan bergolek tanpa ditahan untuk mengelakkan ibu mengandung mendapat kesukaran waktu melahirkan. Tok bidan akan memerhatikan kedudukan muka atau mata kelapa semasa buah kelapa itu berhenti. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, bayi itu adalah lelaki dan jika ke bawah adalah perempuan. 
  4. Sejurus itu, bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan kain itu diangkat sambil dilenggang-lenggang badan si Ibu. Dari sinilah terbitnya perkataan melenggang perut. Kain itu akan ditarik keluar dari bawah badan ibu. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis 7 helai kain dan kain yang paling bawah akan diberikan kepada bidan berserta dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang dan wang pengeras.







Kebiasaannya pada hari tersebut akan diadakan kenduri. Ibu mengandung yang akan melalui upacara ini akan dipakaikan pakaian baru dan cantik. Pada zaman dahulu, masyarakat kuat berpegang kepada adat ini sehinggakan ibu yang pertama kali mengandung diwajibkan melakukan upacara ini. Misalnya, di Besut terdapat keluarga yang masih mengamalkan adat ini sehingga ke hari ini.

Namun begitu, setiap negeri mempunyai kepercayaan yang berbeza. Begitu juga dengan bahan yang digunakan. Ada yang menggunakan bahan seperti:

  • anak kelapa yang baru tumbuh, anak pisang yang baru tumbuh dan anak tebu yang baru tumbuh.
  • buah kelapa tua- digolekkan atas perut ibu hamil.
  • air sebuyung, limau nipis, bunga 7 jenis seperti bunga melur, bunga kenangan, bunga cina- untuk mandi bunga bagi menguatkan semangat ibu mengandung.
  • mayang pinang muda- untuk menghalau dan menjauhkan kuasa ghaib. Mayang tersebut akan dijampi terlebih dahulu sebelum dipukul secara perlahan berlapikkan tangan kiri bidan di atas paha ibu mengandung.
  • kelapa muda- dijampi dan diberi minum, kelapa tua dibuat minyak selusuh.
  • benang mentah, sirih sepiak, daun kelapa dan kemenyan- sebagai 'pelepas' untuk menghalau penunggu juga dibacakan jampi. 




MODEN DAN ISLAM
Seiring dengan kemajuan teknologi serta penghayatan Islam menyebabkan berlakunya perubahan kepada adat ini dan hanya sebahagian yang masih mengamalkannya, namun dengan melakukan perubahan. Hal ini demikian kerana, adat ini dikatakan pengaruh daripada Hindu yang sudah jelas bertentang dengan ajaran Islam. Antaranya:

  • penggunaan jampi serapah.
  • buah kelapa yang digunakan untuk mengetahui jantina bayi (kelapa buah yang digunakan dalam pemujaan Hindu)
  • bidan
  • adat itu sendiri tidak wujud dalam Islam
  • unsur syubhat (meragukan).
  • niat yang salah iaitu perlu mengadakan upacara ini untuk memastikan bayi selamat sedangkan hakikatnya kita harus memohon dan berdoa kepada Allah supaya kandungan dan ibu selamat.
Selain itu, adat tersebut diwujudkan kerana pada zaman dahulu tidak ada teknologi yang boleh memastikan kedudukan bayi selamat. Tambahan pula, institusi bidan atau bomoh sangat dipercayai oleh masyarakat dahulu kala. Kemunculan teknologi juga antara penyebab adat tersebut tidak lagi diamalkan.

  • mesin ultrasound- mengetahui jantina bayi.
  • alat pengesan jantung bayi- mengetahui bayi sihat atu tidak.
  • doktor pakar-untuk kes bayi yang songsang.

Dari segi perspektif Islam, unsur-unsur syubhat yang terdapat dalam adat tersebut menyebabkan adat tersebut tidak lagi diamalkan untuk mengelakkan berlakunya perkara yang khurafat dan juga syirik. Islam menolak unsur yang meragukan kerana bimbang boleh menyebabkan akidah terpesong. Melalui soal jawab yang saya baca, sebolehnya perkara yang boleh menimbulkan unsur syubhat atau bidaah haruslah dielakkan dan jika tidak bercanggah dengan Islam boleh diamalkan.

Namun masih terdapat juga segelintir masyarakat yang melakukan tetapi dengan melakukan perubahan supaya tidak bercanggah dengan Islam. Contohnya sepupu saya sendiri mengadakan adat melenggang perut dengan mengadakan solat hajat dan doa selamat dan mengurut sahaja. Tidak lagi melibatkan daun sirih, buah kelapa, wang pengeras, kain batik, jampi serapah dan sebagainya. Kebanyyakkan yang mengamalkan adat ini memanggil orang kampung untuk solat bagi keselamatan ibu dan anak serta mengadakan kenduri sahaja.

Kemunculan teknologi moden seperti mesin ultrasound dan doktor-doktor pakar serta kaedah kelahiran yang pelbagai menyebabkan masyarakat kini tidak lagi melakukan adat ini. Mereka lebih selesa merujuk kepada hospital dan doktor-doktor pakar berbandang agakkan dan urutan sahaja.









Monday, 18 November 2013

PANDANGAN ISLAM TERHADAP TRADISI & KEMODENAN

Tradisi berasal daripada perkataan Latin iaitu traditio yang bermaksud menyerahkan. Ia juga membawa makna ajaran-ajaran yang tidak tertulis daripada para Nabi dan pembesar agama. Dari perspektif Barat, taridi dianggap sebagai sesuatu yang bersifat dongeng, mitos dan tidak sesuai untuk dijadikan pabduab dalam kehidupan mereka yang lebih kepada sains dan teknologi.

Sedangkan dalam Islam konsep al-Turath al-Islami bermaksud kumpulan karya-karya ulama silam yang merakamkan penafsiran dan pemahaman mereka terhadap Al-Quran. Turath menghimpunkan ilmu-ilmu yang dihasilkan oleh para ulama bermula era pemerintahan Rasulullah S.A.W sehinggalah kini untuk dijadikan panduan dan juga bimbingan.

Barat menolak konsep ilmu yang berasaskan kepada tradisi kerana bagi mereka perkara silam hanyalah sekadar rakaman memori yang tidak membawa nilai dalam kehidupan mereka. Agama hanyalah candu yang merosakkan masyarakat dan perlu diasingkan. Bagi Barat untuk menjadi negara yang maju dan berilmu haruslah mengasingkan agama dalam kehidupan mereka sebaliknya menumpukan kepada sesuatu yang bersifat sains dan teknologi. Situasi ini menyebabkan berlakunya kepincangan dalam masyarakat.

Namun begitu, masyarakat Islam kini mula menunjukkan perubahan dan gagal untuk menghargai tradisi apabila terpengaruh dengan falsafah Barat.

Islam datang kepada manusia dan menandakan era pencerahan selepas bertahun manusia hidup dalam zaman jahiliyah. Kemunculan Ulama sebagai satu institusi yang harus dihormati oleh masyarakat. Ulama merupakan individu yang diberikan kelebihan oleh Allah dan mempunyai kemahiran untuk mendalami dan mentafsir Al-Quran untuk membantu masyarakat dalam mendalami inti pati Al-Quran. Terdapat segelintir individu yang memperlekehkan dan menghina ulama dan perbuatan ini dianggap salah kerana merendahkan individu yang lebih berilmu daripada insan biasa. Walau bagaimanapun, tindakan yang terlalu menyanjung ulama juga dianggap bertentang kerana ulama juga insan biasa. 

Dalam konteks Islam, pembangunan merupakan pembangunan yang menyeluruh dari segi fizikal dan rohani masyarakat. Penekanan terhadap pembangunan negara dan pembangunan insan harus diseimbangkan dalam membentuk negara maju dan masyarakat yang harmonis. Jika pemimpin hanya tahu membina bangunan pencakar langit, negara yang kaya tetapi roh insan diabaikan menyebabkan jiwa masyarakat menjadi lompong dan mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak bermoral.

Misalnya peningkatan gejala buli dan anak luar nikah menunjukkan jiwa masyarakat yang tidak terisi dengan nilai Islam. Mereka terdorong untuk melakukan sesuatu yang jelas bertentang dengan hukum Islam. Begitu juga, baru-baru ini negara dikejutkan dengan seorang rompakan yang melibatkan kehilangan nyawa membuktikan rapuhnya rasa belas kasihan dalam diri.





Kesalahan apa sehingga dia diperlakukan begitu????




Nyawa bayi kecil yang tidak berdosa ini terletak di mana?






Ketika masyarakat dalam kekeliruan, kembalilah kepada agama Islam, jangan mengikut acuan Barat yang sememangnya suka melihat kita jatuh. Mendampingi para ulama dan ilmuan Islam mendekatkan masyarakat dengan Allah dan menjauhkan masyarakat daripada terus hanyut tanpa pegangan. Pandangan ulama yang terdahulu harus dihormati dan dijadikan panduan. Tradisi ataupun turath tidak menentang kemajuan tetapi menjadi faktor kemajuan ummh.


Sunday, 17 November 2013

Syed Muhammad Naquib Al-Attas


Akhirnya berjaya juga saya menbaca artikel OPENING ADDRESS THE WORLDVIEW OF ISLAM AN OUTLINE dengan bantuan kamus dan google translate.



Artikel ini memperihalkan tentang pandangan tentang agama Islam. Pandangan Islam bukan hanya tertumpu kepadasesuatu yang bersifat nyata dan disahkan dengan lima deria pancaindera tetapi merangkumi aspek al-dunya and al-akhirah. Pandangan hidup itu bukan dilihat dari segi pandangan dunia, sejarah manusia, sosial, politik dan kebudayaan. Pandangan hidup Islam bukan disandarkan kepada spekulasi falsafah yang dirumuskan melalui pemerhatian data serta pengalaman hidup serta melalui pandangan mata. Jika pemikiran tersebut digunakan makan ia hanya menunjukkan bahawa masyarakat sudah terpengaruh dengan konsep saintifik dunia barat.




Pandangan Islam ialah merangkumi aspek duni dan akhirat. Dunia merupakan persediaan ataupun tempat persinggahan yang bersifat sementara dalam menuju akhirat yang kekal abadi. Aspek dunia dan akhirat tidak boleh dipisahkan dan harus bergerak seiring. Misalnya jika individu itu hanya tahu bekerja, bersosial sesama insan tetapi mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini maka, dia tergolong sebagai hamba yang ingkar dengan perintah Allah.




Islam bukanlah satu bentuk agama dan sisitem pemikiran yang muncul melalui unsur-unsur budaya dan dibantu oleh sains tetapi merupakan agama wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada para Nabi untuk disebarkan kepada umat manusia. Islam merupakan agama yang benar dan tidak memerlukan penjelasan sejarah seperti kepercayaan lain dan pemikiran lain. Al-quran merupakan wahyu terbesar yang diturunkan dan dijamin keasliannya sifatnya oleh Allah sebagai satu wahyu untuk membimbing manusia dalam mengenal pencipta-Nya. Sifat-sifat Allah, kejadian alam dan peristiwa lain terakam dalam Al-Quran.



Tuesday, 12 November 2013

Isnin Yang Lepas

Kelas Dr. Mas yang sedikit mencabar pemikiran. Saya fikir begitu. Setiap kali kelasnya otak saya bekerja dengan lebih, memikirkan sesuatu itu secara lebih mendalam. Setiap lapisan makna dibedah. Agak mencabar dan baru bagi saya. Kelas yang lepas, kami dipecahkan kepada 3 orang setiap kumpulan dan diberi satu artikel yang diambil dari laman muka buku. Kami diarahkan untuk memberi pandangan, baik dan buruk tentang artikel itu.

Kumpulan saya mendapat kata-kata atau ungkapan yang dikongsi oleh seorang pembaca di muka buku dan mendapat banyak respon daripada kawan yang lain yang kebanyakkannya bersetuju. Disini saya turunkan kata-kata tersebut.

Arnold didnt had horlicks to make him "taller stronger sharper".
Einstien didnt drank complan to improve his memory.
Marlyn never used OLAY for her beauty.

NO PRODUCT WILL MAKE YOUR DREAMS COME TRUE. ITS JUST HARD WORK AND YOU.

YOU ARE THE CREATOR OF YOUR DESTINY.

Kami senaraikan kebaikkan dan keburukan berdasarkan ungkapan tersebut. Antaranya:

  • Antara kebaikkannya ialah usaha itu tangga kejayaan. Ungkapan di atas mengatakan tidak produk yang boleh merealisasikan impian kita tetapi kita sendiri yang harus berusaha. Setiap insan harus berusaha dengan gigih untuk berjaya. Kejayaan itu tidak datang bergolek.
  • Setiap manusia diberi kelebihan yang tertentu. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan, misalnya Marlyn dia mungkin cantik tapi tidak bijak. Oleh itu kita harus bersyukur dan memanfaat kelebihan yang kita miliki.
  • Allah telah mengurniakan sesuatu yang cukup bermakna kepada manusia iaitu akal yang membezakan manusia dengan ciptaannya yang lain.
  • Kita haruslah mengamalkan belajar dengan bijak dan bukannya belajar dengan keras. Ini akan mempengaruhi minda dan emosi seseorang jika kita terlalu memaksa untuk menjadi seperti yang kita idamkan.
  • Tubuh badan manusia memerlukan makanan tambahan comtohnya seperti vitaman atau ubatan bila kita sakit. Seperti juga seseorang yang dalam proses menguruskan badan tidak hanya bersenam semata tetapi mereka turut mengambil suplemen tambahan.
  • Masyarakat akan menjadi taksub dengan sesuatu produk dan mudah percaya sehingga sanggup berhabis. Sedangkan produk tersebut belum tentu berkesa kepada pembaca.

*Sebelum bersetuju dengan sesuatu perkara harus berfikir dan mendalami makna.

Teringat masa cuti semestar yang indah
Walau kulit bergelap di bawah mentari
Namun peluh abah di wajah mengundang sendu
*Jom cabut anak getah beramai-ramai*

Sunday, 27 October 2013

Untuk Hari Esok

Esok, buat pertama kali dalam semestar ini saya membentangkan satu kajian makna berdasarkan artikel yang ditulis Solehah Ishak.

Saya memilih drama Jarum Nafsu yang saya temui ketika bersama-sama dengan Hazey dan Asma mencari teks drama di koleksi jurnal popular di PTSL. Saya sendiri dalam dilema untuk mengkaji drama tersebut. Apa-apa pun saya sentiasa menyiapkan diri.

Marah dan herdikan itu biasa dalam proses pembelajaran
Anggap ia satu teguran
Yang akan mematangkan.

Saya menunggu hari esok yang pasti menjanjikan lebih warna dalam hari-hari saya.

Friday, 25 October 2013

Tentang Rasa

Setiap insan punyai kesukaan yang tersendiri. Aku ingat lagi kalau dulu mungkin aku suka membaca karya-karya popular yang penuh dengan unsur cinta tapi kini hati aku berpaling kepada novel thriller dan seram.

Minat dalam diri aku sentiasa berubah. Cuma ada satu tabiat yang aku tak akan pernah ubah. Sampai ujung nyawa. Aku mudah jatuh suka dengan kata-kata, sebab itulah aku sentiasa ada nota untuk menyalin kata-kata yang aku suka.

Aku sertakan bait-bait pujangga yang sempat aku ambil dalam dewan sastera pada petang tadi.

Saya melihat disana. Saya melihat. Yang berdiri disana adalah Bulan.
Bulan yang selalu ingin saya letakkan dalam jiwa saya.
Agar menerangi malam saya yang selalu gelisah dan sunyi.

Bulan renung matamu adalah panah yang menikam parak ke sukma lelakiku yang selalu gelisah.
(Kau Bawa Kemana Hatiku-Marsli N.O)


Teringat salah satu lagu kesukaan saya
 'Biarlah Bulan Bicara-Broery Marantika'


Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi
walau sampai akhir nanti
cukup derita sampai disini


Thursday, 24 October 2013

Teks dan Makna dalam Drama Melayu Moden (Solehah Ishak)

Teks merupakan gambaran, ekspresi dan cerminan yang memaparkan makna yang terdapat dalam teks. Teks menceritakan kejadian yang disusun dalam plot yang di jalin kemas dengan dialog dan simbol-simbol digunakan. Dalam genre drama teks dikatakan sebagai skrip dan hanya sebahagian sahaja yang difahami melalui teks, selebihnya difahami melalui pementasan.

Makna dalam teks dibahagikan kepada tiga iaitu deklaratif (mesej yang disampaikan mudah difahami), imperatif (memaparkan peristiwa yang benar berlaku namun pengakhirannya terpulang kepada pembaca) dan bentuk interogatif (cerita dalam cerita).

Drama bentuk interogatif iaitu cerita dalam cerita, makan dalam makna, simbol dalam simbol menguji minda pembaca. Pembaca terpaksa menumpukan sepenuh perhatian terhadap drama dan cuba mengaitkan dengan setiap yang dipentaskan. Drama berbentuk interogatif ini menzahirkan makna yang tersurat dan tersirat. Teks ini dianggap lebih berat dan tidak dapat difahami jika pembaca dalam keadaan santai.

Drama Kapal Kertas yang berbentuk deklaratif. Pembaca mudah memahami mesej yang dipaparkan.

Drama Sijundai yang berbentuk imperatif. Kisahnya disudahkan dengan meninggalkan pertanyaan kepada pembaca dan penonton. Pembaca terpaksa membuat rumusan sendiri tentang apa yang berlaku dalam keluarga Sarah (lakonan Wan Sharmila) sehingga menjadi mangsa.