Sunday, 27 October 2013

Untuk Hari Esok

Esok, buat pertama kali dalam semestar ini saya membentangkan satu kajian makna berdasarkan artikel yang ditulis Solehah Ishak.

Saya memilih drama Jarum Nafsu yang saya temui ketika bersama-sama dengan Hazey dan Asma mencari teks drama di koleksi jurnal popular di PTSL. Saya sendiri dalam dilema untuk mengkaji drama tersebut. Apa-apa pun saya sentiasa menyiapkan diri.

Marah dan herdikan itu biasa dalam proses pembelajaran
Anggap ia satu teguran
Yang akan mematangkan.

Saya menunggu hari esok yang pasti menjanjikan lebih warna dalam hari-hari saya.

Friday, 25 October 2013

Tentang Rasa

Setiap insan punyai kesukaan yang tersendiri. Aku ingat lagi kalau dulu mungkin aku suka membaca karya-karya popular yang penuh dengan unsur cinta tapi kini hati aku berpaling kepada novel thriller dan seram.

Minat dalam diri aku sentiasa berubah. Cuma ada satu tabiat yang aku tak akan pernah ubah. Sampai ujung nyawa. Aku mudah jatuh suka dengan kata-kata, sebab itulah aku sentiasa ada nota untuk menyalin kata-kata yang aku suka.

Aku sertakan bait-bait pujangga yang sempat aku ambil dalam dewan sastera pada petang tadi.

Saya melihat disana. Saya melihat. Yang berdiri disana adalah Bulan.
Bulan yang selalu ingin saya letakkan dalam jiwa saya.
Agar menerangi malam saya yang selalu gelisah dan sunyi.

Bulan renung matamu adalah panah yang menikam parak ke sukma lelakiku yang selalu gelisah.
(Kau Bawa Kemana Hatiku-Marsli N.O)


Teringat salah satu lagu kesukaan saya
 'Biarlah Bulan Bicara-Broery Marantika'


Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi
walau sampai akhir nanti
cukup derita sampai disini


Thursday, 24 October 2013

Teks dan Makna dalam Drama Melayu Moden (Solehah Ishak)

Teks merupakan gambaran, ekspresi dan cerminan yang memaparkan makna yang terdapat dalam teks. Teks menceritakan kejadian yang disusun dalam plot yang di jalin kemas dengan dialog dan simbol-simbol digunakan. Dalam genre drama teks dikatakan sebagai skrip dan hanya sebahagian sahaja yang difahami melalui teks, selebihnya difahami melalui pementasan.

Makna dalam teks dibahagikan kepada tiga iaitu deklaratif (mesej yang disampaikan mudah difahami), imperatif (memaparkan peristiwa yang benar berlaku namun pengakhirannya terpulang kepada pembaca) dan bentuk interogatif (cerita dalam cerita).

Drama bentuk interogatif iaitu cerita dalam cerita, makan dalam makna, simbol dalam simbol menguji minda pembaca. Pembaca terpaksa menumpukan sepenuh perhatian terhadap drama dan cuba mengaitkan dengan setiap yang dipentaskan. Drama berbentuk interogatif ini menzahirkan makna yang tersurat dan tersirat. Teks ini dianggap lebih berat dan tidak dapat difahami jika pembaca dalam keadaan santai.

Drama Kapal Kertas yang berbentuk deklaratif. Pembaca mudah memahami mesej yang dipaparkan.

Drama Sijundai yang berbentuk imperatif. Kisahnya disudahkan dengan meninggalkan pertanyaan kepada pembaca dan penonton. Pembaca terpaksa membuat rumusan sendiri tentang apa yang berlaku dalam keluarga Sarah (lakonan Wan Sharmila) sehingga menjadi mangsa.


Wednesday, 23 October 2013

Novel-novel Melayu Mutakhir: Analisis Cerminan Nilai Budaya Bangsa

Sememangnya saya bersetuju dengan tulisan Ramli Isin tentang cerminan budaya yang dipancarkan dalam karya. Setiap karya yang dihasilkan memaparkan cerminan budaya bangsa ketika karya itu dihasilkan dan bukannya zaman ia diterbitkan. Hal ini kerana seorang penulis mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sebuah karya yang bermutu. Pelbagai zaman yang dilalui mempelbagaikan lagi gambaran masyarakat di dalamnya.

Penulis akan mengambil latar masyarakat, ekonomi mahupun keadaan politik pada zaman karyanya dihasilkan. Misalnya karya Hari-hari Terakhir Seorang Seniman tulisan Anwar Ridhwan yang memaparkan tentang Pak Hassan iaitu tukang cerita yang semakin dilupai seiring dengan peredaran zaman. Semasa pendudukan British dan Jepun, rumah Pak Hassan sering dikunjungi oleh orang kampung untuk mendengar cerita namun segalanya mula berubah dengan kemunculan teknologi seperti radio. Dalam novel ini kita dapat melihat latar masyarakat semasa pendudukan Jepun serta peranan tukang cerita pada waktu dahulu. 

Akhirnya novel ini mula ditayangkan di astro pada bulan Jun dan diarah oleh Sabri Yunus


Novel-novel ini mutakhir ini dibahagikan pula kepada dua iaitu yang bersifat sastera serius dan juga popular. Sastera serius banyak memaparkan cerminan budaya masyarakat berbanding novel-novel popular yang hanya menfokuskan kepada isu cinta, seram dan isu-isu yang bersifat komersial. Penghasilan novel popular lebih kepada memenuhi tuntutan pasaran.

Pada pandangan saya, seharusnya lebih banyak lagi karya-karya yang memaparkan budaya masyarakat dalam karya dihasilkan. 


Tuesday, 22 October 2013

Umat Melayu Cerminan Islam

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UmatMelayucerminanIslam/Article


Selepas membaca artikel berkenaan, saya mempunyai satu persoalaan yang sedari tadi membelenggu fikiran saya.

Adakah semua yang dikatakan Melayu itu benar-benar memahami dan berpaksikan kepada Islam?
Adakah Islam itu terletak pada bangsa atau individu itu sendiri?

Tidak cukup dengan hanya berbinkan atau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kesemuanya menganut Islam itu sudah boleh dikira Islam. Saya jadi teringat pada satu bait lagu kumpulan nasyid.....

Iman tak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertakwa
Iman tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai

Begitulah lebih kurang lirik lagu nasyid yang memperkatakan tentang keimanan yang tidak dapat diwarisi biar pun dilahirkan dalam keluarga alim ulaman, semuanya bergantung kepada diri sendiri. Saya bersetuju dengan petikan yang mengatakan "Sekiranya pada diri orang Melayu ada pekerti yang buruk, maka imej Islam juga buruk sama". Kita masyarakat Melayu khususnya yang dikatakan sebagai Islam seharusnya berkelakuan seperti yang telah diajar melalui Al-Quran dan Hadis. Jika umat Islam sendiri contohnya seperti perbuatan membuang sampah di tempat awam, mungkin akan mengundang reaksi negatif daripada penganut ajaran lain. Adakah ini yang di katakan Islam itu mementingkan kebersihan?. Jadi tingkah laku masyarakat Melayu membawa bersama imej Islam.

Jika dilihat keadaan pemuda-pemudi kini, adakah ini mencerminkan agama Islam?. Tepuk dada tanya selera. Kebanyakkan remaja kini disogok dengan indahnya dunia sehingga melupakan akhirat yang kekal abadi. Luarannya remaja kita nampak hebat tapi dalamannya kosong. Pengisian rohani itu tiada. Mereka mungkin pelajar pintar, mungkin pelajar yang selalu menerima hadiah dekan tapi dari segi penguasaan agama mereka lemah. Oleh itu, individu itu sendiri harus mempunyai kesedaran untuk mendalami agama Islam dan mampu menguasai ilmu dunia dan akhirat.



Sunday, 20 October 2013

Ketemadunan Melayu Adalah Ketemadunan Islam



Dari hasil pembacaan saya, artikel ini membicarakan tentang perubahan tamadun melayu selepas kedatangan Islam. Masyarakat Melayu menurut teori Sarasin dikatakan berasal daripada Yunan di China yang menetap di Champa, Kepulauan Melayu, merangkumi Sumatera dan gugusan Filipina. Kerajaan yang terbentuk pada masa itu berpegang teguh kepada ajaran Hindu-Buddha. Penerimaan ajaran itu bagamanapun hannya tertumpu kepada golongan atasan sahaja. Masyarakat bawahan masih lagi dengan kepercayaan animisme. Kemasukan ajaran ini hanyalah untuk mengukuhkan lagi kepercayaan masyarakat kepada golongan atasan yang dikaitkan dengan dewa-dewa dan amalan ritual yang lain.

Pada abad ke 7m, kebangkitan agama Islam di Asia hingga Eropah turut mempengaruhi alam Melayu pada masa itu yang dijadikan tempat persinggahan para pedagang ketika tiupan angin monsun. Pedagang Islam dari Bara (Iraq), Hormuz (Parsi) dan Gujerat (India) datang berdagang  ke Tanah Melayu untuk mendapatkan rempah ratus sebelum meneruskan pelayaran ke China turut sama menyebarkan agam Islam secara perlahan-lahan. Penerimaan agama Islam bermula dengan golongan atasan hinggalah golongan bawahan telah membawa perubahan dari segi cara hidup dan pegangan pada masa itu.


Laluan dan aktiviti perdagangan di Melaka




Pedagang Islam yang menyebarkan agam Islam di Melaka


Khazanah hutan yang menjadi rebutan pedagang pada masa itu



Kemasukan Islam bukan sahaja merubah kepercyaan masyarakat daripada Hindu kepada Islam tetapi turut membawa perubahan kepada pembentukan bahasa Melayu. Kedatangan Islam yang membawa bersama tulisan arab telah mencerna bahasa Melayu dengan tulisan jawi. Unsur bahasa Melayu baru ini mengandungi penerimaan ciri Islam seperti Arab dan sebagainya. Bahasa Melayu kuno telah diubah selepas kedatangan Islam dan diperkemaskan lagi sehingga mampu wujud sehingga kini. Peubahan hidup masyarakat dalam zaman kegelapan kepada pencerahan telah membentuk konsep tamadun Melayu yang mencerminkan tamadun baru yang muncul di alam Melayu pada masa itu. Tamadun Melayu itu bukan sahaja merujuk kepada bangsa Melayu tetapi peralihan zaman lama kepada zaman baru dengan kemasukan agama Islam yang turut menjadi sebahagian daripada pembentukan tamadun Melayu.




Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur saya ucapkan, akhirnya berjaya juga saya membuat blog untuk kursus SKMM 6013. Sebenarnya saya sudah mencuba daripada minggu lepas tapi gagal mungkin kerana sudah lama saya tinggalkan dunia blog. Akhirnya semalam saya berjaya dengan berkat pertolongan seorang kawan. Saya merupakan pelajar yang baru mendaftar bagi kursus ini kerana sebelum ini saya mendaftar di fakulti pendidikan bagi sarjana pendidikan khas sebelum menukar bidang pengajian kepada sarjana kesusasteraan Melayu. Hal ini menyebabkan saya terlewat berbanding rakan-rakan seperjuangan yang lain. Dalam pada masa yang sama, saya sedang meninjau blog Hazey untuk melihat kerja-kerja yang perlu diselesaikan.