Sememangnya saya bersetuju dengan tulisan Ramli Isin tentang cerminan budaya yang dipancarkan dalam karya. Setiap karya yang dihasilkan memaparkan cerminan budaya bangsa ketika karya itu dihasilkan dan bukannya zaman ia diterbitkan. Hal ini kerana seorang penulis mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sebuah karya yang bermutu. Pelbagai zaman yang dilalui mempelbagaikan lagi gambaran masyarakat di dalamnya.
Penulis akan mengambil latar masyarakat, ekonomi mahupun keadaan politik pada zaman karyanya dihasilkan. Misalnya karya Hari-hari Terakhir Seorang Seniman tulisan Anwar Ridhwan yang memaparkan tentang Pak Hassan iaitu tukang cerita yang semakin dilupai seiring dengan peredaran zaman. Semasa pendudukan British dan Jepun, rumah Pak Hassan sering dikunjungi oleh orang kampung untuk mendengar cerita namun segalanya mula berubah dengan kemunculan teknologi seperti radio. Dalam novel ini kita dapat melihat latar masyarakat semasa pendudukan Jepun serta peranan tukang cerita pada waktu dahulu.
No comments:
Post a Comment